19 Ogos 2014

Assalammualaikum

Kembali teringat zaman-zaman kolej dulu. Suka duka T4D. Main banjir. Main game. Main gitar n so on. Pada zaman tu juga lah(2008) aku dengan eyie(Hairie Rosidi) start buat video parody. Kalau tak salah aku, video All American Reject-Its End Tonight. Hahaha.. eyie punya keja la nie. Penangan video recoder(masa tu phone xcanggih lagi) Miera. Siap main-main piano. Hahaha.. Ada gak scene(??) yang xbest masa dekat T4D. Pergaduhan antara Eyie and Yoe. Biasa la,masing-masing tengah darah panas. Sorang eksyen,sorang tenang. Aku respek Eyie cuz dia boleh jer wat xtahu. Aku yang kena. Hahaha. Ape de hal. Semua tua dah jadi sejarah dalam lipatan hidup kitaorang. Eyie sekarang dengar cite keje kt airport(polish tayar kapal terbang. hahaha). Peja pun dah jadi salah satu dalam kehidupan T4D. Begitu juga Ropie. Peja dengan Ropie pun dah kahwin. Alhamdulillah Ropie dh menjadi bapa. Manakala peja dalam proses(kot). hahaha. Eyie? masih mencari. Aku tak paham ape yang dia cari sebenarnya. Hahaha. Takkan nak ala2 Rossa kot. hahhaha. Yoe terus menyepi bersama Wadi dan Cd. Pipi(farhan) dh jadi Anggota Polis Di Raja Malaysia. Baru je lagi. Baru lepas training. Sekarang aku tak tahu dia posting kat mana. Melaka kot...?? Ropie plak still setia bersama ICT Incubator(betul ke?). Bahagia dia sekarang. Ye la. Dh bercahaya mata. Mesti makin meriahkan. Saiful(abang) masih dengan AADK dan kedai makan. Satu-satunya bunga dalam group T4d nie Amira Zaikasya. Ha... awek ni cite best ckit. Hahaha.. yg penting,insane. hahahaha. sorry miera. dia pun keja kat printing kt Kutan,Pasir Pekan. Kitorang pun jarang jumpa sekarang. Masing-masing sibuk dengan keja,family. Sorang je aku tertnya2 macam mana dia sekarang. Ajim. Mana dia sekarang? ehm...


p/s: tak tahu nak tulis ape. korang la plak.




http://www.youtube.com/watch?v=yfdAGkjHGac

1 Januari 2013

Selamat Tahun Baru...


                    It almost 4 years i didnt update this blog. Well,since we all finished our study, banyak benda yang berlaku sepanjang 4 tahun lepas. Lepas habis praktikal dengan Edaran Computer 2010,aku sambung kerja dengan company yang sama selama 6 bulan. And then empat la menggangur selama 3 bulan sebelum aku mengapplied kerja dekat Swisspro. Walaupun aku kerja selama 3 bulan je kat sana,banyak jgak la suka duka aku tempuh. Kerja aku selaku supervisor marketing memantau budak-budak buat sales. Ye la,kija kitaorg direct selling. Banyak ragam aku jumpa masa keje dengan Swisspro. Bermacam macam kerenah aku jumpa. tapi itu semua memberi aku pengalaman bagi menempuh hidup mendatang. Tahun 2011 menjadi batu loncatan dalam hidup aku kerana aku mendapat tawaran dari Jabatan Pelajaran Kelantan selaku Pembantu Makmal. Dari situ aku berjumpa dengan isteri aku sekarang, Nurul Fitriah Nazlian, dan kami mengikat pertunangan setelah 9 bulan kenal. 6 bulan kemudian iaitu tanggal 1 JUN 2012 aku sah menjadi suami kepadanya. Tahun 2012 tahun penuh rahmat bagi aku kerana aku mendapat berita yang memang mengembirakan aku. I will be a father. Wow. Aku rasa setakat ni la dulu tentang diri aku. Nanti aku update plak pape.. Letih tangan lama x menaip.. Hehehe..


P/S : Kepada semua kawan-kawan,miss you soo much.www.facebook.com/are.je2931

22 Julai 2009

22 July 2009

Semua dalam rumah kami bangun untuk meneruskan lagi perjalanan hidup sebagai seorang student college.Cuma eming jer yang aku tak jumpa.Semalam dia ada,tp tup-tup,dia hilang..Ehm,kemananya..Pipi,still macam tu la....Boy,aku rase skung dia tengah main game kot kat college.Epu,keje la,aper lagi.Semalam dia coll aku mintak tolong.Katanya ader operasi.Ntah macam maner la semalam.Hope2 ok ler...Aku,macam biase,lepak kat umah jer..Malas ar aku nak kuar hari nie...Dengan budget kurang,so aku rase duk umah lagi baek..K la,see u all again k,chow...

21 Julai 2009

Hai..!!!!

Hi semua..Sori la lama x update blog nie..Tak sempat.Lagi pun aku baru jer abis exam.Untuk pengetahuan korang,video yang kitaorang buat tu dh siap.Nanti aku masukkan link ek.Papepun,hope korang enjoy.Keep watching.Chow!!!

9 Julai 2009

















Kami sekarang sibuk dalam proses mengedit video.Hampir 50% siap.Dalam 2-3 hari lagi kami akan menjalankan pengambaran bagi opening dan closing bagi video tersebut.Sekarang nie sibuk sikit.So kami akan update pada masa-masa tertentu.Segala pandangan,sila tinggalkan komen.Terima kasih.

3 Julai 2009

PENGAMBARAN "KNOW YOUR ENEMY"



Sekarang nie kami hanya dapat memaparkan gambar jer dulu.Video nanti siap,kami dari pihak T4D akan uploadkan untuk anda.Chow...

30 Jun 2009

TERKINI DI T4D...


Kitorang baru selesai melakukan penggambaran video "Know Your Enemy" yang bertempat di Zoom Studio.Tujuannya adalah untuk membantu rakan kami,imran yang juga ahli T4D dalam menyiapkan projek akhir beliau.Seramai 10 orang iaitu imran sendiri,baharom,eming,ije,are-je,amiera,saiful(abg),ajim dan anis.Selama 2 jam kami menjalani proses pengambaraan diZoom studio.Kami akan upload video apabila siap dan akan menyediakan link bagi anda yang ingin melihat video tersebut...Sekian dari kami T4D.

Memburu Impian!

Perlawanan East Derby Coast yang pasti mengujakan ! Itulah gambaran ringkas yang boleh diperkatakan untuk menggambarkan kehebatan aura perlawanan esok yang menemukan dua jagoaan Pantai Timur ketika ini iaitu Kelantan dan Terengganu. Biarpun lawan yang akan kita jumpa ini bukanlah penghuni tangga elit Liga Super ketika ini, namun pertemuan dua negeri jiran ini ada tarikannya yang tesendiri. Mungkin kerana ingin membuktikan siapa yang lebih hebat untuk bergelar ‘Raja Pantai Timur’ yang sejati atau juga mungkin kerana faktor sejarah keputusan-keputusan perlawanan antara kedua pasukan sebelum ini yang sentiasa sengit dan mengklasikkan.

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan bagi perlawanan ini ialah antaranya faktor pemain itu sendiri. Di kem Kelantan, kita memiliki bekas pemain Terengganu iaitu Nor Farhan Mohamad yang pasti ditunggu kehadirannya oleh peminatnya di negeri tersebut. Maka , perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu yang mengambil masa selama lebih kurang 3 jam ini bolehlah dikatakan bagai mengiringi perjalanan pulang ‘hero Terengganu’ ini untuk ‘kembali’ ke tempat asalnya. Namun, kembalinya beliau kali ini bukanlah untuk menyarung kembali jersi Terengganu tetapi untuk membuktikan kesetiaannya bersama pasukan Kelantan adalah tidak berbelah bahagi walaupun terpaksa berdepan dengan negeri kelahirannya sendiri.

Di kem Terengganu pula, mereka memiliki dua orang pemain kelahiran Kelantan yang berkelana di negeri tersebut. Salah seorangnya ialah penyerang yang telah mengumpul 11 gol ketika ini iaitu Azlan Ismail dan pemain tengah yang pernah mencipta nama di rantau orang suatu ketika dahulu iaitu Tengku Hazman Raja Hassan. Secara signifikannya, Azlan dan Farhan adalah pemain yang bermain di posisi penyerang iaitu posisi yang akan menjadi pemusnah kepada pasukan lawan masing-masing. Inilah antara faktor penarik yang saya katakan untuk perlawanan ini. Tugas mereka adalah untuk menjaringkan gol bagi pasukan masing-masing. Kalau di Kota Bahru sebelum ini, Azlan telah membuktikan ‘kesetiaannya’ bersama Sang Penyu dengan meledak dua gol yang hampir-hampir mengaibkan pasukan kita. Maka, di Kuala Terangganu nanti kita mengharapkan Farhan juga akan turut bernafsu untuk menjaringkan gol buat membuktikan bahawa pasukan Kelantan yang disertainya ini adalah segala-galanya buat dirinya ketika ini. Kalau Indra mampu untuk menjadi duri dalam daging kepada pasukan kelahirannya sendiri dalam aksi yang memperlihatkan hatrik pertamanya musim ini menentang Perak tempohari, maka Farhan juga harus membuktikannya juga!

Mengulas mengenai rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan sebelum ini dalam aksi di Kuala Terangganu , sebenarnya ia memihak kepada pasukan kita. Rekod yang dihitung bermula dari tahun 2001 sehingga 2008 menunjukkan bahawa Kelantan berjaya menumpaskan Terangganu di laman mereka sendiri. Menariknya di sini ialah cuba perhatikan kepada jumlah jaringan yang dihasilkan iaitu jumlah jaringan 2-1 bermula daripada tahun 2001,2002,2003,2004,2006,2007 dan terakhir pada tahun lepas, juga dengan 2-1 iaitu pada aksi kempen Piala Malaysia hasil sentuhan jaringan Ropi dan Enock Bentil. Perkara lain yang menarik juga ialah berkenaan dengan kemenangan di tempat lawan yamg diciptakan bagi kedua pasukan. Jika dari tahun 2001 hingga 2008 kita memenangi kesemua perlawanan yang diadakan di Kuala Terangganu, maka tempoh tahun itu juga merekodkan bahawa Terangganu juga memenangi kesemua perlawanan yang diadakan di Kota Bahru. Kebetulan ataupun tidak, ia sebenarnya adalah sesuatu yang unik untuk rekod kedua pasukan berjiran ini. Namun pada tahun ini, kita telah memecahkan rekod tersebut iaitu tidak lagi membenarkan Terangganu bermaharalela di bumi kita sendiri dengan kemenangan terhasil 3-2 dalam aksi pusingan pertama sebelum ini. Dan apakah akan ada juga rekod baru yang akan tercipta di Kuala Terangganu nanti? Sama-sama kita tunggu dan lihat…

Mengulas mengenai prestasi kedua pasukan pula , sebenarnya moral kedua pasukan berada dalam keadaan yang cukup bersemangat. Bagi Kelantan, aksi kemas dan menarik yang disajikan semasa menentang Perak telah menyakinkan kita bahawa tugas untuk membawa pulang 3 mata penuh daripada Kuala Terengganu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Bagi Terengganu pula, kemenangan kedua berturut-turut menumbangkan KM Naza dan PDRM sedikit sebanyak telah menaikkan kembali moral mereka selepas aksi turun naik selepas pusingan kedua dimulakan. Kelantan pula seakan ‘menggila’ kembali selepas 5 kekalahan berturut-turut di catatkan selama aksi di stadium ‘baru’ mereka yang berpengkalan di Kuala Lumpur sebelum ini.

Tidak lengkap rasanya sekiranya tidak mempekatakan tentang prestasi pemain untuk kedua pasukan ketika ini. Bagi kem Kelantan, aksi ‘memukau’ pemain yang memakai jersi no 23 itu semakin menempatkan dirinya di hati peminat Kelantan. Siapa lagi kalau bukan Indra Putra Mahayuddin yang sekarang merajai carta penjaring terbanyak dengan 14 gol bagi merebut anugerah kasut emas sekaligus untuk membuktikan bahawa beliau adalah peledak nombor satu Negara ketika ini. Yang menariknya ialah beliau bukanlah seorang pemain tulen yang bermain di posisi serangan untuk pasukan Kelantan. Tugasnya lebih banyak untuk mengemudi barisan tengah pasukan, namun kehebatannya menjadi penjaring terbanyak ketika ini memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang ingin dibuktikan pemain ini untuk musim pertamanya bersama negeri kelahiran ibunya ini. Bagi Terangganu juga tidak kurang hebatnya. Mereka memiliki pemain muda yang mampu menjaringkan gol seperti Ashari dan Abdul Manaf Mamat selain dibantu oleh Azlan Ismail. Ketiga-tiga mereka ini kalau tidak dikawal rapi, pasti akan mengundang bencana yang maha hebatnya. Mereka ini peledak tulen yang boleh menghancurkan pasukan lawan. Awasilah mereka ini jika kita tidak mahu merana di ambang kebangkitan semula pasukan kita ketika ini.

Barisan hadapan Kelantan ketika ini berada dalam keadaan yang memberangsangkan, dengan prestasi Khalid dan Farhan yang telah kembali menemui sasarannya. Sengat di barisan hadapan ditambah lagi dengan kehadiran anak muda berjersi 29 yang semakin meningkat permainannya ketika ini siapa lagi kalau bukan Ailim Fahmi , pemain daripada Piala Presiden yang dinaikkan pangkatnya berpecak di padang sebenar bola sepak tempatan bersama pemain-pemain senior yang lain. Sungguh matang anak muda ini. Bagi sesiapa yang pernah melihat aksinya, sudah tentu kita merasa takjub dengan ketenangan dan kematangan yang dipamerkan olehnya seolah-olah beliau sudah lama beraksi di peringkat liga utama Negara. Tengok sahaja aksinya yang membuat dumming untuk melepaskan bola kepada Indra yang menjadi sebab terciptanya gol ke empat yang juga hatrik pertama Indra musim ini. Mungkin beliau boleh sedikit sebanyak mengubati perasaan rindu kita kepada kelibat Ramzul Zahini yang masih tidak dapat beraksi.

Barisan pertahanan juga boleh dibanggakan ketika ini. 4 perlawanan berturut-turut tanpa bolos adalah dianggap satu pencapaian yang baik untuk benteng terakhir pasukan. Faktor terbinanya benteng kukuh ini adalah tidak dinafikan sama sekali ia berpunca daripada sumbangan dua pertahanan terbaik Kelantan ketika ini iaitu Azlan Zainal dan Farisham Ismail . Azlan terutamnaya seakan sudah sedar dari lamunan yang panjang. Aksinya semakin hari semakin meningkat dan berjaya menyakinkan kembali peminat. Kita mengharapkan beliau akan terus berada di dalam keadaan yang cukup bersedia untuk beraksi bagi memastikan benteng pertahanan yang dibina gagah untuk berdepan dengan asakan pihak lawan.

Yang pasti, misi kita satu. Kita inginkan KEMENANGAN UNTUK MEMUNGKINKAN HARAPAN. Bagi saya harapan untuk menduduki kerusi liga yang lebih selesa adalah bukan suatu yang mustahil. Kita kini berada di tangga ketiga dengan persaingan yang semakin menuju ke garisan penamatnya. Tidak salah rasanya untuk kita menaruh harapan bagi mengintai peluang berada di puncak liga. Mungkin terlalu mustahil kalau ukuran di atas kertas digunakan. Tetapi aksi di padang, apa sahaja boleh berlaku. Prestasi Selangor tidak dapat kita jangkakan. Kadang-kadang mereka boleh sahaja tumpas atau seri dengan pasukan yang dianggap lemah. Ini akan membuka ruang untuk kita bertindak dalam senyap ! Perlis juga akan menghadapi tugas-tugas sukar sepanjang baki perlawanan mereka nanti. Sebab itu saya berani untuk katakan bahawa peluang kita secara matematiknya masih terbuka dan apa yang penting, tugas kita adalah MENCIPTA KEMENANGAN sambil mengaharapkan kedua pasukan di atas terus keciciran mata. Kalau ini terjadi , maka saingan penghujung liga musim ini sudah tentu mencetuskan debarannya tersendiri.

Untuk mencetuskan gelombang itu, syarat yang pertama ialah bermula dengan ujian menentang pasukan Terangganu malam esok. Kalau kemenangan dicapai, dan dalam masa yang sama Selangor dan Perlis tumpas atau seri, maka ia akan menjadi titik mula tercetusnya gelombang tsunami untuk ‘menggelorakan’ perebutan kejuaraan liga nanti.

Kita hanya mengharapkan bukan mendesak, dan kita hanya memungkinkan bukan menyakinkan! Itulah simpulan mudah sebagai tidak memberi tekanan kepada barisan pahlawan Wira merah kita. Berjuanglah dengan semangat seorang pahlawan yang seolah-olah mempertahankan maruah yang sedang dijulang ! Doa dan harapan peminat kita harapkan agar pemergian barisan pemain kita ke sana nanti mampu melaksanakan misi hebat ini iaitu tidak lain tidak bukan ialah hanya KEMENANGAN yang akan MEMUNGKINKAN HARAPAN !! SELAMAT BERJUANG THE RED WARRIORS YANG TERBILANG!


PMK PREDICT :

KELANTAN2- TERENGGANU 1

PENJARING :

INDRA DAN FARHAN